Posts

Showing posts with the label 20 peratus

20% Royalti Minyak Berdasarkan keuntungan Hasil Negeri: Tun M Salah?

Image
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata sekali lagi menekankan pembayaran royalti 20% kepada negeri-negeri akan dikira berdasarkan keuntungan daripada hasil yang diperoleh di negeri berkenaan. Terdahulu, penyelidik Perjanjian Malaysia 1963, Zainnal Ajamain mempersoalkan kewajaran kiraan berdasarkan keuntungan kerana ia tidak mengiktiraf negeri sebagai pemilik sumber minyak dan gas. Jika ia keuntungan, itu bayaran tunai dan ia bertentangan dengan janji PH untuk 20% royalti minyak, katanya kepada FMT. Dalampada itu,  Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pemberian royalti petroleum berdasarkan pengeluaran dengan keuntungan adalah 2 perkara berbeza dan sehubungan itu, kerajaan Sarawak mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan persekutuan. Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah berkata Dr Mahathir sama sekali salah dan kiraan royalti 20% berdasarkan keuntungan it...