Posts

Showing posts with the label PKR Sabah

PKR Sah Tanding Parlimen Tuaran, DUN Tamparuli?

Image
Salah satu berita yang agak menarik minggu ini ada lah pengesahan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew  bahawa partinya akan bertanding 6 kerusi Parlimen (24% dari 25 kerusi parlimen) dan 9 kerusi DUN ( 15% dari pada 60 kerusi)  pada 9 Mei nanti. Berita ini bertambah menarik bagi saya kerana ia nya menyentuh pengesahan PKR (gabongan PH - Warisan) bertanding di kawasan tempat saya menggundi ia itu Parlimen P.170 Tuaran dan DUN N.9 Tamparuli, negeri Sabah. Dengan itu ia nya sekaligus menamatkan spekulasi bahawa berkemungkinan calon dari Warisan akan bertanding di Parlimen Tuaran. Di katakan bahawa kedua-dua kawasan P.170 dan N.9 ada lah milik tradisi PKR sejak beberapa PRU yang lalu. Dalampada itu Christina berkata separuh daripada calon PKR adalah muka baru, dengan 3 calon pemuda dan 3 calon wanita. Christina berkata senarai penuh calon dijangka diumumkan dalam 1 atau 2 hari. Masih terdapat beberapa kerusi sedang dirunding dengan Parti...