Posts

Showing posts with the label Pandikar Amin Mulia

Hajiji Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Baharu Ganti Salleh?

Image
  Dengan lantikan Datuk Seri Hajiji Noor (Tuaran) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah (BPUN) maka dengan itu ia nya dijangka akan meredakan suara-suara sumbang dari ahli UMNO Sabah sendiri mengatakan bahawa Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (DSSK) tidak layak mengetuai parti tersebut di perengkat negeri Sabah kerana beliau bukan seorang wakil rakyat. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi   telah bersetuju atas permintaan DSSK yang dibuat secara kolektif oleh UMNO Sabah untuk melantik Datuk Seri Hajiji Noor (Tuaran) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah sementara Setiausaha UMNO Sabah ialah Datuk Seri Marsidi Manjun (Ranau). DSSK telah berunding dengan kawan-kawan di Sabah dan syor melalui nota bertulis dibuat kepada Presiden bahawa pengerusi hendaklah diberikan kepada wakil rakyat , kata Zahid Hamidi. Dalampada itu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (TSPA) dan Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Ahli M...