Posts

Showing posts with the label Shafie Apdal

Hati-Hati Menubuh Kerajaan Jangan Sampai Kes Nostalgia JPPS Mencampuri Pelaksanaan Pembangunan Negeri Sabah Berulang?

Image
Dalam perebutan untuk mentadbir kerajaan baru di Sabah, kedua-dua kumpulan terdiri dari kumpulan Tan Sri Musa Aman dan juga Datuk Sri Shafie Afdal, kini masing-masing mengilhamkan beberapa strategi yang difikirkan berkesan serta menapati sasaran. Antara lain dikatakan Presiden Star Datuk Dr Jeffery Kitingan telah mencadangkan agar semua ADUN/BN yang menang dibawah pimpinan Musa untuk menubuh satu gabungan parti tempatan yang baru. Dengan itu UMNO/BN di Sabah berkemnungkinan besar akan diisytiharkan entiti haram. Konon nya menurut Jeffery kedudukan kerajaan pembangkang baru negeri Sabah akan lebih baik kedudukan nya dari negeri Sarawak. Ini kata nya. akan membebaskan pemimpin Sabah merancang program yang terbaik untuk masa depan negeri Sabah selaras dengan budaya, semangat dan aspirasi rakyat Sabah. Dalam kegahiraan Jeffrey terhadap formula baru itu, beliau lupa bahawa selain daripada aspirasi, rakyat juga mahukan pembangunan yang pesat, peluang pekerjasan untu...

Shafie: Pembangunan Infrastruktur Asas Libaran masih Dalam Keadaan Yang Daif?

Image
Selepas beberapa hari Ketua Menteri Menteri Tan Sri Musa Aman berkempen di Sandakan kini giliran presiden Parti Warisan Sabah   Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula melawat daerah yang sama dalam rangka berkempen untuk calon Parti Warisan - Liew Vui Keong (Batu Sapi), George Hiew (Karamunting) dan Arifin Asgali (Sekong) . Ketika berucap di Gum Gum   Shafie menyatakan keyakinan beliau bahawa parti itu boleh menyapu bersih kawasan pilihan raya  di tiga kawasan tersebut. Selanjutnya Shafie berkata Musa sepatutnya menghentikan segala cubaan untuk memecahkan namanya dan melihat masalah rakyat. Banyak kampung di Libaran dan beberapa kawasan di Sandakan tidak mempunyai infrastruktur asas seperti bekalan air berseh dan elektrik, sementara banyak jalan ke kampung-kampung dalam keadaan buruk, namun dia berani mengatakan kepada rakyat bahawa saya telah mengabaikan Semporna , kata Shafie. S ementara itu pemuda perlu terpaksa berhijrah di luar daerah meninggalkan ...

Warisan Saman Menteri Berhubung Kenyataan Yang Menimbul Kebencian?

Image
P arti  Warisan Sabah baru-baru  ini membuat laporan polis terhadap Menteri Luar Anifah Aman kerana menimbulkan kebencian kaum terhadap parti dan juga etnik presidennya Shafie Apdal. Warisan mendakwa yang Anifah menuduh parti itu berniat untuk meneruskan legasi Sultan Sulu yang ingin menuntut Sabah. Dikatakan, Anifah mengeluarkan kenyataan itu di hadapan lebih kurang 300 orang ketika berucap di majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran kawasan Parlimen beliau, Kimanis, di sebuah hotel lima bintang di Kota Kinabalu pada 9 Februari lalu.  Sehubungan itu, setiausaha Warisan, Loretto Padua Jr menuntut polis Sabah menyiasat ucapan Anifah itu, sambil menekankan yang kenyataannya itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan perbalahan kaum di Sabah. Anifah berkata yang Warisan meneruskan perjuangan Sultan Sulu yang ingin menuntut Sabah. “Kenyataan sebegitu sangat bahaya, tamabahan bila ia keluar dari mulut seorang pemimpin senior kebangsaan. Dia juga cakap yang ...