Posts

Showing posts with the label USA

Harapan Rakyat Umum Keluar USA

Image
Seolah-olah sinonim dengan cerita dalam lagu , ”sepuluh budak hitam’ kini Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) kini mengumumkan keluar daripada Gabungan Sabah (USA). Sebelum ini Parti Cinta Sabah yang di ketuai Datuk Seri Wilfred Mojilip Bomburing juga telah meninggalkan gabungan tersebut dan kemudian bergabung dengan Parti Anak Negeri yang di ketuai Datuk Henrynus Amin. Harapan Rakyat merupakan salah satu parti pembangkang tempatan di bawah Gabungan Sabah (USA) selain Parti Harapan Rakyat Sabah, Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Maju Sabah (SAPP) . Presiden Harapan Rakyat, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan Gabungan Sabah adalah tidak berdaftar dan hanya dijadikan platform untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Sehubungan itu, kami 'berdiri' sebagai pembangkang yang akan menegur dasar Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri sekiranya mereka tidak melaksanakan manifes...