Posts

Showing posts from December, 2018

PPBM Boleh Satukan Rakyat Sabah?

Image
Naib Presiden PPBM Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman memarakkan lagi spekulasiParti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan melebarkan sayap ke Sabah selepas mengatakan parti itu boleh memainkan peranan menyatukan rakyat negeri itu. Beliau pada sidang media di Kota Kinabalu baru-baru ini berkata adalah sia-sia jika terlalu ramai parti dan rakyat berpecah belah. Nampaknya semenjak pemimpin kanan Umno Sabah  keluar beramai-ramai dari parti UMNO, saban hari kita mendengar atau melihat berita dari Sabah semakin menarik khususnya dari aspek politik. Apa yang jelas kerajaan negeri Sabah seakan-akan terasa kurang senang dengan perkembangan ini sehingga beberapa orang pemimpin kanan mereka menyuarakan pendapat bahawa PPBM tidak sepatutnya mencampuri hal-ehwal politik Sabah kerana pada PRU14, Tun M pernah menyatakan hasrat tidak akan menubuhkan parti tersebut diSabah. Dalam hal yang berkaitan dengan kata-kata ,’Politic is an art of polsibblity’ dan dengan tindakan pemimpin UMNO Sabah