Posts

Showing posts with the label Parlimen bubar

Parlimen Bubar, PPBM Juga Dibubarkan: Pakatan Harapan Akan Hanya Menggunakan Satu Logo?

Image
M enurut sumber parti yang mengesahkan menerima surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kelmarin, mengarahkan pembubaran sementara PPBM .   Surat itu dipercayai berkait dengan kegagalan parti itu membekalkan dokumen di dalam tempoh masa yang diberikan sebelum ini.   Bagaimanapun Tun Dr Mahathir Mohamad  selaku Pengerusi PH   akan mengumumkan bahawa  kesemua 4 parti dalam Pakatan Harapan akan hanya menggunakan satu logo pada PRU14 selaras dengan  desus Parlimen akan dibubarkan esok ( 7/April 2018-Sabtu).   Tun M dikatakan tidak mendedahkan logo parti mana yang akan digunakan, sebaliknya berkata ia akan diumumkan pada satu perhimpunan di Pasir Gudang, Johor.   PH masih gagal didaftarkan untuk membolehkan ia bertanding sebagai gabungan sah dengan satu logo, walaupun permohonan dibuat tahun lepas. Sumber: FMT, Agensi