Cukuplah Bahasa Melayu, Inggeris Untuk Urusan Rasmi?
Nampak nya proses peremajaan demokrasi negara ini bertambah menarik bilamana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE) membuat kenyataan rasmi kementerian beliau dalam bahasa Mandarin. Menurut LGE penggunaan bahasa berkenaan melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi. Walaupun tindakan LGE ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (1) (a); bahasa kebangsaan adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam tujuan rasmi. Namun LGE berkata bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada mana-mana orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Menyifatkan para pengkritiknya bersikap “perkauman”, Lim berkata beliau tidak akan tunduk kepada mereka. Kenyataan menteri kewangan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris, katanya. Malaysia baru merupakan sebuah negara yang inklusif, saling menghormati dan pelbagai. Walaupun pada haki...