Buli Siber Lebih Menyakiti Berbanding Buli Biasa?
Dikatakan kemudaratan daripada buli siber boleh menjadi lebih buruk daripada kesan buli biasa. Buli siber boleh memberi kesan pada mangsa seburuk atau lebih buruk daripada buli berdepan. Kadang-kadang pemangsa menyembunyikan identitinya, menyebabkan mangsa sukar melawan atau mempertahankan diri, demekian menurut pakar psikologi Goh Chee Leong, Dekan Fakulti Sains Tingkah Laku di Universiti HELP. Ketika ditanya apa yang boleh dilakukan jika seseorang itu dibuli dalam talian, Goh berkata sukar untuk memberi nasihat kecuali semua faktor berkaitan buli itu dapat ditentukan. Kadang-kadang pemangsa menyembunyikan identitinya, menyebabkan mangsa sukar melawan atau mempertahankan diri. Tambahan pula, mungkin lebih daripada seorang yang membuli. Mungkin 20 atau 50 orang turut serta, kata Goh. Bagaimanapun kata Goh, seseorang itu mesti melindungi harga diri sebanyak mungkin dari terjejas apabila anda dibuli. Selain itu seseorang yang terj...