Letakkan Golongan Profesional, Bukan Ahli Politik Terajui GLC Pusat, Negeri?
Sinonim dengan pandangan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal memberi peranaan golongan profesional dengan melantik golongan tersebut sebagai Wakil Rakyat untuk memainkan dalam kerajaan negeri Sabah, Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) juga menggesa kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan supaya menghentikan amalan meletakkan ahli-ahli politik yang tiada berpengetahuan dalam perniagaan bagi menguruskan syarikat milik kerajaan (GLC) negara mahu pun kerajaan negeri. Naib Presiden DPIM, Datuk Zahar Hashim berkata, amalan tersebut mengakibatkan banyak kerugian dalam urus tadbir korporat sehingga menyebabkan matlamat untuk membantu Bumiputera dalam perniagaan gagal dicapai. S ehubungan itu DPIM mencadangkan supaya kerajaan baharu melihat semula struktur pentadbiran GLC dan perbadanan di negeri-negeri. Letakkan mereka yang profesional dan berpengetahuan dalam perniagaan untuk memegang GLC . Dalam pada itu, kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan juga diminta menja...