Mungkin kah Kota Belud, Pitas Dan Beaufort Tidak Tersenarai Dalam RM3 Billion Untuk Mengatasi Masalah Banjir?
Sabah memerlukan RM2.98 bilion untuk menyelesaikan masalah banjir di Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Junz Wong. Malang nya tiga daerah yang tidak kurang hebat nya mengalami bencana banjir ia itu Kota Belud, Pitas dan Beaufort tidak disebut dalam kenyataan Juniz yang dipetik dari laman media sosial Borneo Today baru-baru ini. Dalam kes ini, pemimpin atau Wakil Rakyat dari ketika-tiga daerah tersebut sebaik-baik nya tampil kehadapan berjumpa sendiri dengan Juniz atau pun Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran untuk menyuarakan isu ini secara proakitf agar daerah mereka tidak terlepas pandang dalam pengagihan peruntukan tersebut. Dikatakan bahawa berdasarkan pelan mitigasi banjir yang dirancang kerajaan negeri, Kota Kinabalu memerlukan RM1.93 bilion manakala Penampang sebanyak RM600 juta dan Putatan pula memerlukan RM450 juta. Sehingga kini kerajaan negeri dan persekutuan telah meluluskan RM512.05 juta...