Posts

Showing posts with the label Musa Aman

Musa Gagal Tuntut Hak Sebagai KM Sabah Yang Sah?

Image
Orang kata,lumrah hidup ini ada lah diibaratkan saperti roda; Ada masa kita diatas dan ada juga musim nya  kita dibawah. Kata-kata perumpamaan ini nampaknya seakan-akan sinonim dengan apa yang sedang dilalui oleh mantan ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman masa kini. S elain dari berhadapan dengan 3 5 pertuduhan rasuah pehak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , beliau juga di umumkan gagal dimahkamah menuntu t status beliau sebagai Ketua   M enter i Sabah  yang s ah . Hari ini, Mahkamah Tinggi Kota KInabalu menolak saman Tan Sri Musa Aman terhadap Ketua Negara (TYT) dan Ketua Menteri Sabah (CM) Datuk Shafie Apdal, yang meminta pengisytiharan bahawa beliau (Musa) adalah CM yang sah. Selain itu, Mahkamah juga mengarahkan Musa, yang merupakan Adun Sungai Sibuga membayar kos RM15,000 kepada TYT dan satu lagi kos RM15,000 kepada Shafie. Sumber: Borneo Post, Agensi Berita

‘Musa Is Back’ ?

Image
Berchanggah dengan spekulasi serta pendapat kebanyakan orang,  bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akhir nya tiba di Sabah pada jam 12:40 Tengah hari Rabu. Ketibaan Musa di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Lebih 1,000 penyokong sebelum bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Sungai Sibuga. Musa dilihat keluar dari pintu balai ketibaan lengkap berpakaian sut hitam, bersongkok dan berjambang.  Musa mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 3.30 petang Rabu. Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, menegaskan beliau bukan seorang pelarian dan tidak pernah terniat untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia. "Saya berada di luar negara atas sebab-sebab kesihatan serta rawatan rapi yang diperlukan dan ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada doktor yan...

Musa Aman Dan Anak Digesa Kosongkan Kerusi Kalau Tidak Berminat Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat?

Image
Dikatakan Bekas Ketua Menteri Musa Aman perlu patuh kepada undang-undang dan menghadirkan diri untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga jika tidak ingin kehilangan kerusi berkenaan. Kerusi yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 itu berkemungkinan akan dikosongkan sekiranya Musa tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 90 hari dari tarikh Persidangan DUN yang pertama pada 11 Jun, demekian kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Dalam isu yang sama,  Yamani Hafez , anak kepada Musa Aman selaku Ahli Parlimen Sipitang   juga digesa mengosongkan kerusi Parlimen itu jika tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan. Dalam gesaannya, Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata sejak PRU14 kira-kira tiga bulan lalu hingga sekarang, Yamani Hafez gagal ‘munculkan diri’ dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang memilihnya. Jadi sia-sialah rakyat yang telah me...