Posts

Showing posts with the label UMNO

Akaun Umno Sah Di Beku?

Image
Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini mengesahkan pembekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk Umno serta parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB. Dalam kenyataannya, pasukan itu berkata antara yang turut dibekukan adalah akaun milik persatuan dan syarikat yang turut terlibat dalam siasatan kes berkenaan.   Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tindakan membekukan akaun yang dilakukan SPRM . Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengambil tindakan berlandaskan asas yang ditemui agensi berkenaan dan mempunyai kuasa membekukan akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor , kata Muhyiddin . Baru-baru ini , Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor dibekukan SPRM manakala akaun Umno Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat. Sumber: FMT

keputusan Gabungan Parti Sarawak Meninggalkan BN Memberi Impak Besar Kepada Perubahan Umno?

Image
Keputusan PBB, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) untuk keluar dari BN juga memberi impak yang besar ketika UMNO  merangka struktur dan rupa bentuk bar u, kata   Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin Bagaimanapun beliau  memahami keputusan parti-parti Sarawak yang terpaksa meninggalkan BN walaupun selepas lebih setengah abad bekerjasama. Beliau berkata pengaturan semula ini melambangkan permulaan hubungan politik baru antara Tanah Melayu dan Sarawak, selepas kekalahan mengejut Barisan Nasional di peringkat persekutuan. Khairy berkata hubungan mesti dibina atas pemahaman dan penghayatan sebenar Perjanjian Malaysia 1963 yang perlu dihormati untuk kebaikan rakyat Sarawak. Katanya, keputusan itu diambil susulan pertimbangan dan penilaian perkembangan politik semasa. “Saya ingin menyeru rakan-rakan dalam Umno dan komponen parti BN di seluruh negara untuk sama-sama meneri...

Shafie Keluar Parti Kerana Mahu Jawatan TPM Selepas Gagal Mendapat Jawatan KM Sabah, Kata Musa

Image
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal  dikatakan  dalam kenyataan baru-baru ini  berkata Ketua Menteri Sabah , Tan Sri Musa Aman “tidak berasa selesa semasa saya menjadi naib presiden Umno”. Barangkali sekarang apabila saya mengetuai Warisan, Musa melihat saya sebagai ancaman lebih besar kepada pentadbirannya dan hayat Umno di negeri ini,   kata Shafie. Bagaimanapun, Musa Aman mengingatkan Presiden Shafie Apdal bahawa dia terpaksa keluar Umno selepas menyedari dia tidak mungkin dapat menenuhi cita-cita besarnya. Selepas gagal mendapatkan jawatan ketua menteri Sabah seterusnya, Shafie bekerjasama dengan seorang lagi penentang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan mahukan jawatan timbalan perdana menteri. Beliau berkata tidak boleh dinafikan lagi bahawa Shafie “menikam belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak”. “Bukan saya mahu mengacum tetapi saya perlu cakap sesuatu. Mari berterus terang. Sebab itu kenapa beliau memilih untuk...