Kabinet Kerajaaqn Baru Shafie Angkat Sumpah: GST Kadar Sifar Mulai 1 Jun?
Berita menarik minggu ini ia lah bilamana Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk dua ADUN yang dilantik mengangkat sumpah sebagai anggota jemaah menteri Sabah baharu dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengangkat sumpah di Istana Negeri. Dalam masa yang sama Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa Bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia serta diimport dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus akan dihapuskan berkuat kuasa 1 Jun ini . Kementerian Kewangan memaklumkan, langkah itu akan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak. Bagaimanapun p enetapan berkenaan tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan daripada GST. Dalam hal yang berkaitan dengan kerajaan baru Shafie, 18 ADUN dikatakan turut mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri. Antaranya...