Posts

Showing posts with the label Shafie KM baru

KM Arah Siasatan Sekiranya Ada Peningkatan Harga Barangan Di Sabah?

Image
Kerajaan negeri me ngarah  pihak berkuasa serta badan pemantau harga barangan di Sabah supaya menyiasat jika masih berlaku peningkatan harga barang di negeri ini meskipun cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah ditetapkan berkadar sifar mulai 1 Jun lepas. Kita minta supaya agensi sedia ada seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang memiliki pegawai penguatkuasa untuk bantu menangani perkara tersebut, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  Beliau berkata arahan itu bagi menangani masalah manipulasi harga barangan dengan terkawal dan segera. Mohd Shafie berkata langkah menghapus GST itu antara janji manifesto kerajaan pusat dan Sabah menyerahkan tindakan lanjut kerajaan pusat bagi menangani isu GST sehingga peringkat negeri. Sementara itu, Mohd Shafie mahu semua menteri kabinet negeri yang dilantik supaya turun padang bagi memastikan keperluan rakyat diketahui. “Jangan lupa dengan rakyat, saya tidak...

Musa Aman saman TYT, KM: Shafie Bilang Sila Kan?

Image
Tan Sri Musa Aman, kelmarin memfailkan saman terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co, bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukkan undang-undang. Saman berkenaan juga mendakwa bahawa pengakuan sumpah Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri oleh Yang di-Pertua Negeri adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Katanya, mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, kedua-dua defendan mempunyai tempoh masa 14 hari untuk memberi maklum balas kepada writ berkenaan. Bagaimanapun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung writ saman yang difailkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu. Shafie berkata, beliau sedia maklum mengenai peraturan itu, namun katanya, ada dokumen dan bukti terdahulu yang boleh dijad...