Posts

Showing posts with the label hadiah PRU14

Masa Depan Rakyat Tuaran Dipersimpangan Dilemma?

Image
Selaku salah seorang pengundi di Tuaran, saya melihat Politik disini sedang bergolak (dipersimpangan delimma) kerana Ahli parlimen (MP) nya yang pada mula nya bersama yang lain dalam BN telah memilih untuk berkongsi kuasa dengan WARISAN dan sekutunya PH berserta beberapa orang ADUN yang lain dari UMNO. Dengan itu pasti nya situasi perayaan rasmi 'Tadau Kaamatan' dan mungin juga Hari Raya Idilfitri' di Tuaran tidak lagi semeria saperti tahun-tahun sebelum nya. MP Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau merangkap Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) selain dari menyertai Warisan dan seketu nya PH (melalui skim YB lantikan) telah dinobatkan sebagai Timbalan ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Menteri Perindustrian Negeri . Mendengar suara hati rakyat Tuaran (bukan penyokong dan ahli UPKO) kebanyakkan mereka yang saya temui meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Madius meninggalkan keluarga dari pa...

BN Sabah Di Nasihati Jangan Gunakan Hadiah Untuk Mendapat Sokongan

Image
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah supaya memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan sokongan pengundi melalui kerja kuat, bukannya cuba menarik mereka dengan pemberian hadiah. T imbalan perdana menteri mendakwa pemberian hadiah adalah kaedah digunakan sesetengah parti pembangkang bagi menarik rakyat ke program mereka. Beliau mengakui ramai yang menghadiri beberapa himpunan pembangkang, tetapi ia disebabkan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah seperti basikal, mesin basuh dan motosikal. Zahid Hamidi menggesa parti komponen BN mengelakkan cara demikian bagi menunjukkan mereka mendapat sokongan kerana lebih baik mereka memastikan jentera BN bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Dalampada itu, Zaid Hamidi menyatakan keyakinan bahawa di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, BN Sabah akan terus bergerak ke depan. Sumber: FMT, Agensi Berita