Warga USBO Dipersimpangan Delima; Kuasa ketiga - Sessi Kedua
Baru-baru ini saya secara kebetulan sempat seimbang dengan dua sahabat saya yang juga pemimpin kanan suku kaum Bajau-Sama dari Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah USBO dan juga Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS). Isu utama perbincangan kami berpangsi kepada hala-tuju suku kaum Bajau-Sama ( blok pantai barat ) setelah kekalahan UMNO di beberapa kawasan di semenanjung dan juga di Sabah khususnya. Sebelum ini ada yang pernah mengatakan bahawa hubungan warga USBO-PBSS dan parti UMNO. 'dipisah tiada'. Bagaimanapun sejak kekalahan UMNO/BN di seluruh Malaysia seakan dalam PRU14 baru lalu telah menganjakkan satu fenoma yang sukar diterima oleh pemimpin dari kedua-dua persatuan tersebut. Apa lagi bila memikirkan sahabat-sahabat mereka dari pantai timor telah mengorak langah meninggalkan UMNO dan berjaya memerentah negeri Sabah melalui parti Warisan (dengan sokongan PH dan UPKO). Pada hakikatnya kedua-dua sahabat saya itu ada lah ahli UMNO tegar walaupun ti...