Posts

Showing posts with the label pembahagian kaum

Sistem Pendidikan Antara Penyebab Pembahagian Kaum?

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat pembahagian kaum (compartmentalization) dalam masyarakat hari ini sebahagiannya disebabkan oleh sistem pendidikan negara. Najib menghuraikan jawapan ketika ditanya tentang jurang antara kaum yang meluas dan adakah beliau bimbang ke mana negara sedang menuju. Beliau berkata bahawa tiada penyelesaian segera kepada keadaan itu apabila kita menerima sekolah pelbagai aliran sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara. Anda telah melalui perubahan struktur dalam masyarakat di mana kita hidup, belajar secara terbahagi-bahagi justeru terdapat perbezaan ketara warga sekolah yang lebih majmuk, berbanding warga sekolah jenis kebangsaan dan aliran agama, kata nya. Bagaimanapun, masyarakat kita masih harmoni kerana tidak ada rusuhan kaum dan konflik yang boleh dilihat di negara-negara lain walaupun kita masyarakat yang majmuk. Banyak perkara boleh jadi tak kena tetapi kita hidup damai dan harmoni. Kita terpaksa mene...