Posts

Showing posts with the label Majlis Peguam

Hentikan Operasi Banteras Pekerja Asing?

Image
Mungkin bertentangan dengan pandangan penduduk tempatan khususnya rakyat Sabah, Majlis Peguam menggesa kerajaan menghentikan segera operasi membanteras pekerja asing tanpa izin (PATI) kerana mereka tiada cara mendapatkan dokumen sah dengan sendiri, sebaliknya perlu bergantung kepada majikan. Presidennya, George Varughese berkata ramai pekerja asing tidak mempunyai dokumen sah kerana pihak berkuasa tidak menyediakan saluran bebas untuk mereka mendapatkan status sah. Proses memperbaharui permit kerja mereka, mendapatkan status sah dan diambil bekerja semula hanya boleh dilakukan majikan melalui syarikat terpilih yang dilantik kerajaan, katanya. Menurut Varughese, kriteria ditetapkan pihak berkuasa adalah terhad, tidak termasuk sejumlah besar pekerja asing. Kekurangan pemeriksaan buruh oleh pihak berkuasa menyebabkan pekerja asing tidak boleh mengadu mengenai pelanggaran hak buruh dan pencabulan hak asasi. Varughese berkata, Majlis Peguam bimbang dengan operasi besar...