Posts

Showing posts from February, 2018

BR1M Bukan Untuk Beli Undi?

Image
Perdana menteri menempelak pihak yang hanya pandai mengkritik pemberian BR1M, tetapi tidak memberi sebarang cadangan berhubung kaedah lebih baik menyampaikan subsidi. Dalampada itu, beliau baru-baru ini berkongsi asal-usul pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan pelbagai tohmahan pembangkang termasuk bertujuan membeli undi. Bercakap di depan kira-kira 2,000 penerima di  Pekan, Pahang beliau berkata, bantuan itu dicadangkan Bank Negara Malaysia yang bukan bersifat kepartian politik dalam usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan. “Subsidi ini (bersasar) adalah lebih baik daripada subsidi pukal yang banyak ketirisan. Sebagai contoh, mungkin mereka yang menerima subsidi ini menjualnya di sempadan. “Keduanya, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya petrol RON95. Orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang memandu Proton Saga atau Myvi,” katanya.

Pairin, Madius, Maximus, Kurup Pejuang Sabah KDM Sebenar - Musa Aman

Image
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili dan Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ada lah pejuang  KDM Sebenar, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman. Disamping itu mereka dalam Barisan Nasional antara pejuang pembangunan dan masa depan Sabah yang sebenar, kata Musa selanjutnya. Dalampada itu, Musa mempertikaikan motif Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah”. Beliau berkata pemimpin-pemimpin KDM veteran itulah yang selama ini berjuang untuk Sabah dan bukannya Shafie. Beliau menuduh Shafie merampas slogan itu. Musa juga menepis dakwaan Shafie dan pemimpin Warisan berjuang untuk hak Sabah. “Dia sebenarnya pengkhianat parti dan perjuangan kita dan tindakan disiplin diambil terhadap dia kerana kelakuannya”,   kata Musa. Musa berk

Sistem Pendidikan Antara Penyebab Pembahagian Kaum?

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat pembahagian kaum (compartmentalization) dalam masyarakat hari ini sebahagiannya disebabkan oleh sistem pendidikan negara. Najib menghuraikan jawapan ketika ditanya tentang jurang antara kaum yang meluas dan adakah beliau bimbang ke mana negara sedang menuju. Beliau berkata bahawa tiada penyelesaian segera kepada keadaan itu apabila kita menerima sekolah pelbagai aliran sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara. Anda telah melalui perubahan struktur dalam masyarakat di mana kita hidup, belajar secara terbahagi-bahagi justeru terdapat perbezaan ketara warga sekolah yang lebih majmuk, berbanding warga sekolah jenis kebangsaan dan aliran agama, kata nya. Bagaimanapun, masyarakat kita masih harmoni kerana tidak ada rusuhan kaum dan konflik yang boleh dilihat di negara-negara lain walaupun kita masyarakat yang majmuk. Banyak perkara boleh jadi tak kena tetapi kita hidup damai dan harmoni. Kita terpaksa mene

Malaysia Merosot Dalam Indeks Persepsi Rasuah Global?

Image
Laporan 2017 Transparency International (TI)  yang dikeluarkan kelmarin meletakkan Malaysia 7 tangga lebih bawah berbanding tahun sebelum ini, iaitu tempat ke-62 di kalangan 180 negara, prestasi terburuk sejak 5 tahun lepas.  Malaysia juga memperoleh markah 47 daripada 100. Walaupun muncul ke-3 di kalangan 10 negara Asean, ia ia masih jauh terkebelakang dari segi markah berbanding Singapura dan Brunei.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman TI tersebut yang menyaksikan Malaysia merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), jatuh ke tangga 62 daripada 55 tahun lepas, di kalangan 180 negara.  Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Malaysia sepatutnya mendapat kedudukan yang lebih baik dalam CPI berikutan penangkapan agresif dilakukan pihaknya pada tahun lalu. “Kedudukan terbaru CPI tidak selaras dengan pencegahan dan tindakan diambil SPRM,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Lembaga Penasihat

Membetulkan Peluang Pekerjaan Yang Terbiar Selama 54 Tahun?

Image
Sama ada ada kebetulan atau pun sekadar kenyataan  bertujuan untuk memamcing undi oleh Bendahari Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah(PAN) Thomas Tsen baru-baru ini, hanya rakyat Sabah khusus nya pengundi muda yang mungkin lebih mehahami nya.  Thomas berkata pemimpin tempatan perlu membantu golongan muda yang berpendidikan tinggi mencari peluang pekerjaan di negeri Sabah daripada berhijrah mencari pekerjaan di semenanjung atau di tempat yang lain.  Ini adalah isu 54 tahun dan sepatutnya telah ditangani sejak tahun 1974 selaras dengan syarat di dalam MA63 dan IGCR yang menyatakan bahawa rakyat Sabah sepatut nya telah mengisi semua kekosongan pekerjaan di jabatan dan agensi kerajaan persekutuan…Tetapi malang nya ia tidak berlaku hingga sekarang, kata Thomas. Walaupun Saya tidak menentang integrasi nasional namun jika kita terus membenarkan golongan muda yang berpendidikan dan produktif untuk mencari pekerjaan di tempat lain, maka ia tidak akan memberi banyak manfaat k

24,000 Kontraktor Bumiputera Kehilangan Peluang Kerja Ke Pehak Konsesi?

Image
Persatuan yang mewakili kontraktor Melayu Kelas F mendakwa bahawa pengagihan kontrak untuk projek memihak syarikat konsesi, menyebabkan 24,000 kontraktor dalam kategori tersebut kehilangan pendapatan. Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) berkata kerajaan mesti menamatkan perkhidmatan syarikat konsesi di mana kerja-kerja pembinaan dan kerja-kerja pengubahsuaian berkenaan. "Sekarang, projek bernilai RM200,000 digabungkan menjadi projek yang lebih besar dan diberikan kepada syarikat konsesi. Kami ingin menghapuskan syarikat-syarikat ini, "kata Presiden PERKOBF, Tukiman Radion. Tukiman berkata kontraktor Kelas F digunakan untuk diberikan projek yang telah diambil alih oleh syarikat konsesi. Kontraktor Kelas F, yang kini dikenali sebagai kontraktor G1, telah diperuntukkan pekerjaan bernilai kurang daripada RM200,000. Lesen untuk pekerjaan ini diberikan khusus kepada kontraktor Bumiputera. Menurut Tukiman, kontraktor Kelas F sering dipersalah

Warisan Saman Menteri Berhubung Kenyataan Yang Menimbul Kebencian?

Image
P arti  Warisan Sabah baru-baru  ini membuat laporan polis terhadap Menteri Luar Anifah Aman kerana menimbulkan kebencian kaum terhadap parti dan juga etnik presidennya Shafie Apdal. Warisan mendakwa yang Anifah menuduh parti itu berniat untuk meneruskan legasi Sultan Sulu yang ingin menuntut Sabah. Dikatakan, Anifah mengeluarkan kenyataan itu di hadapan lebih kurang 300 orang ketika berucap di majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran kawasan Parlimen beliau, Kimanis, di sebuah hotel lima bintang di Kota Kinabalu pada 9 Februari lalu.  Sehubungan itu, setiausaha Warisan, Loretto Padua Jr menuntut polis Sabah menyiasat ucapan Anifah itu, sambil menekankan yang kenyataannya itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan perbalahan kaum di Sabah. Anifah berkata yang Warisan meneruskan perjuangan Sultan Sulu yang ingin menuntut Sabah. “Kenyataan sebegitu sangat bahaya, tamabahan bila ia keluar dari mulut seorang pemimpin senior kebangsaan. Dia juga cakap yang Bajau bukan pe