Posts

Showing posts with the label pertandingan banyak penjuru

Kalau Banyak Parti Bertanding Keputusan Memehak kepada BN?

  Ada yang berpendapat bahawa kira nya pertandingin banyak penjuru dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenanginya. Di katakan penggundi yang tidak memihak kepada parti kerajaan BN bakal berdepan dengan perpecahan. Dalam isu ini Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata parti pembangkang yang bertanding pada PRU14 adalah serpihan parti asal yang belum mendapat sokongan rakyat   terutama sekali apabila calonnya yang tiada pengaruh. Katanya BN sudah terbukti mendapat sokongan majoriti pengundi pada PRU sebelum ini dan beliau  yakin BN kekal menerima sokongan rakyat . Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang, yakin BN tiada masalah untuk mencapai kemenangan namun sama ada akan mendapat majoriti yang lebih besar atau tidak bergantung kepada sokongan rakyat terhadap BN. Bagaimanapun ada juga yang berpendapat bahawa bilangan calon tidak memainkan peranaan penting dalam pe...