Posts

Showing posts from September, 2018

Kemenangan PRU14 Ujian Daripada Tuhan - Muhyiddin Yassin ?

Image
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  merangkap Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan Pakatan Harapan (PH)  pada pilihan raya umum ke-14 ( PRU 14) hanyalah satu ujian dari Tuhan. Muhyiddin   mengingatkan bahawa kuasa adalah ujian, untuk mengorbankan lebih banyak masa dan tenaga demi kepentingan rakyat  disamping  untuk sentiasa berhati-hati dan bukannya berpuas hati. K ita menggunakan kuasa untuk melakukan kebaikan bukan disebaliknya oleh itu s ekiranya keputusan itu amanah maka kita mesti melaksanakannya dengan tanggungjawab supaya kita tidak boleh merosakkan diri sendiri dan parti lain, katanya baru-baru ini. Muhyiddin mengingatkan mereka untuk mengingati sejarah bagaimana mereka yang berkuasa dapat kehilangannya, dan memberitahu mereka untuk menanamkan nilai - nilai murni  dalam diri  sendiri . Disiplin, amanah, perpaduan, memberi tumpuan kepada perjuangan kita, dan komitmen kepada parti. Kerana perjalanan kita masih lagi jauh untuk

‘Musa Is Back’ ?

Image
Berchanggah dengan spekulasi serta pendapat kebanyakan orang,  bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akhir nya tiba di Sabah pada jam 12:40 Tengah hari Rabu. Ketibaan Musa di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Lebih 1,000 penyokong sebelum bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Sungai Sibuga. Musa dilihat keluar dari pintu balai ketibaan lengkap berpakaian sut hitam, bersongkok dan berjambang.  Musa mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 3.30 petang Rabu. Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, menegaskan beliau bukan seorang pelarian dan tidak pernah terniat untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia. "Saya berada di luar negara atas sebab-sebab kesihatan serta rawatan rapi yang diperlukan dan ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada doktor yang merawat

Tuaran Di Sana Sini 2 - PBS Bertekad Tuntut Kerusi Parlimen P.170 Tuaran Pada PRU15?

Image
Kelmarin atas jemputan Jawatan Kuasa Penganjur, saya berkesempatan menghadiri kongress tahunan Parti PBS Bahagian Tamparuli  bertempat di Pekan Tenghilan (pekan kediaman saya) yang diresmi sendiri oleh Presiden Parti, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Agak mengherankan juga melihat kehadiran penyokong parti tersebut yang agak ramai lagi padat  walaupun parti tersebut bukan lagi memegang tampok kerajaan. Saperti biasa objektif utama kongress tersebut ada lah bertujuan memilih AJK yang baru bagi sessi tahun 2018-2019. Tidak banyak perubahan dari struktur AJK keculai parti di  bahagian tersebut mempunyai Ketua Pemuda baru mengganti Ketua Pemuda lama yang telah tamat tempuhnya. Dalampada itu, saya telah sempat menemuramah Presiden Parti Tan  Sri Joseph Pairin Kitingan dan juga Ketua Bahagian PBS Tamparuli, Yb Datuk Jahid Jahim. Antara  lain perbualan kami berkisar  kepada hala-tuju  PBS dimasa-masa akan datang. Saya difahamkan bahawa mereka akan mengemaskinikan lagi s