Integriti SPR Sabah Tercemar: Warisan Lapor Polis, PRU Di Kimanis Berunsur Penipuan?
Walaupun Pilihan Raya Umum 14 telah berlalu, kerajaan negeri Sabah telah pun terbentuk namun ikuran nya masih berlanjutan. Kelmarin, Parti Warisan Sabah t ampil kehadapan membuat laporan polis menuduh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya terlibat dalam kes penipuan dalam pilihan raya parlimen Kimanis pada 9 Mei . Kes lapuran polis ini t elah di siarkan dalam TV Asro Awani. Dalam kes tersebut calon Warisan Datuk Karim Bujang, kalah kepada Datuk Anifah Aman dari Barisan Nasional hanya sebanyak 156 undi. Bekas menteri luar negeri dalam kerajaan persekutuan i tu diisytiharkan menang untuk penggal keempat dengan kiraan undi sebanyak 11,942 sementara Karim direkodkan sebagai memperoleh i 11,786 undi. Pengarah Pilihan Raya Parti Warisan cawangan Kimanis, Mohd Zainal Matali,berkata pegawai SPR yang bertugas enggan menandatangani Borang 14 selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa Karim telah memenangi kerusi itu. Keengganan pe...