Posts

Showing posts from August, 2018

Ala-Tuju Kerajaan Baru Membangun Negeri Sabah Hadapi Pelbagai Gangguan?

Image
Seadanya, nya suasana pentadbiran kerajaan baru negeri Sabah kini dilihat  dalam situasi delima kerana ia nya tidak berjalan lancar sapertimana yang diilhamkan...Ia nya terpaksa melalui pelbagai gangguan yang berliku-liku lagi mencabar. Manifesto 100 hari parti Warisan dan sekutu terlah berlalu dan objektif utama terbabas kerana gangguan luar jangka dan tidak dapat dielakkan. Selain dari perlantikan kekosongan dikalangan pemimpin disemua sektor, nampaknya prioriti kerajaan untuk menyelesaikan isu penting pengganguran dikalangan belia Sabah melalui skim ‘one district one industry’ lambat mengorak langkah untuk direalisasikan. Disebaliknya, keutaman difokuskan kepada pembinaan perumahan mampu milik bagi mengurangkan masalah setinggan di negeri ini, khusus nya mereka yang terlibat dalam kebakaran beberapa minggu lalu. Tuntutan autonomi melalui MA63 masih lagi dalam peringkat kajian dan perundingan, belum tentu dipersetuji kelulusan nya oleh kerajaan perseketuan.

Peraturan Baru Penerimaan Kewarganegaraan Bukan 'Projek IC" - Ketua Menteri?

Image
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal berkata penduduk tempatan di luar bandar Sabah dan Sarawak, masih ramai tidak mempunyai sijil atau dokumen kelahiran walaupun mereka berkelayakan. Kita  tidak mahu mereka dihalau dari negara mereka sendiri. kita harus memberikan apa yang sepatutnya kepada mereka,   katanya. W alaupun isu-isu IC dan kewarganegaraan di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara Persekutuan, kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memberikan kediaman tetap kepada mereka yang layak , kata Shafie. Dalampada itu, Shafie mengalu-alukan langkah Putrajaya untuk menyelesaikan ketidaktentuan dalam negara, dengan mengatakan Sabah akan memastikan latihan itu tidak membuka pintu bagi satu lagi "Projek IC" . Kerajaan negeri  akan memastikan bahawa 'Project IC' tidak akan berlaku. Shafie berkata langkah untuk memberikan kewarganegaraan kepada individu yang layak yang memenuhi syarat imigresen negara

Musa Aman Dan Anak Digesa Kosongkan Kerusi Kalau Tidak Berminat Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat?

Image
Dikatakan Bekas Ketua Menteri Musa Aman perlu patuh kepada undang-undang dan menghadirkan diri untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga jika tidak ingin kehilangan kerusi berkenaan. Kerusi yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 itu berkemungkinan akan dikosongkan sekiranya Musa tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 90 hari dari tarikh Persidangan DUN yang pertama pada 11 Jun, demekian kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Dalam isu yang sama,  Yamani Hafez , anak kepada Musa Aman selaku Ahli Parlimen Sipitang   juga digesa mengosongkan kerusi Parlimen itu jika tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan. Dalam gesaannya, Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata sejak PRU14 kira-kira tiga bulan lalu hingga sekarang, Yamani Hafez gagal ‘munculkan diri’ dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang memilihnya. Jadi sia-sialah rakyat yang telah memilih bel