Posts

Showing posts with the label Indeks Persepsi Rasuah Global

Malaysia Merosot Dalam Indeks Persepsi Rasuah Global?

Image
Laporan 2017 Transparency International (TI)  yang dikeluarkan kelmarin meletakkan Malaysia 7 tangga lebih bawah berbanding tahun sebelum ini, iaitu tempat ke-62 di kalangan 180 negara, prestasi terburuk sejak 5 tahun lepas.  Malaysia juga memperoleh markah 47 daripada 100. Walaupun muncul ke-3 di kalangan 10 negara Asean, ia ia masih jauh terkebelakang dari segi markah berbanding Singapura dan Brunei.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman TI tersebut yang menyaksikan Malaysia merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), jatuh ke tangga 62 daripada 55 tahun lepas, di kalangan 180 negara.  Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Malaysia sepatutnya mendapat kedudukan yang lebih baik dalam CPI berikutan penangkapan agresif dilakukan pihaknya pada tahun lalu. “Kedudukan terbaru CPI tidak selaras dengan pencegahan dan tindakan diambil SPRM,” katanya pada sidang media selepas mesyuara...