Pengumuman Tun M Sebagai Calon PM, Langkah Desperadoes PH?
Walaupun mempunyai perbezaan ideologi politik namun dua pemimpin dari Sabah sependapat bahawa tindakan Pakatan Harapan (PH) melantik Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Mneteri ada lah langkah terdesak ala-ala desperadoes. Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dari BN berkata langkah untuk mencalonkan Tun M sebagai pemimpin tertinggi negara, sekiranya Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum akan datang, bercanggah dengan slogan "reformasi" yang disokong beberapa penyokong PKR semasa pembangkang konvensyen perjanjian pada hari Ahad. Manakala Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Ukin selaku pembangkang tempatan Sabah, hairan bagaimana Tun M masih mahu kedudukan Perdana Menteri selepas mengatakan bahawa dia akan bersara daripada politik . Musa berkata P H pilih Dr Mahathir sebagai calon untuk PM dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jelas menunjukkan kekurangan pandangan ...