Posts

Showing posts from January, 2018

Financial Times Menjangkakan BN Akan Menang PRU14 Dengan Berasaskan 3 Sebab?

Image
Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran  termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad semakin meraih perhatian pengundi Melayu di luar bandar  namun Barisan Nasional (BN) dilihat akan menang PRU14 akan datang. P enyelidikan Kanan Financial Times (FT) , Hafiz Noor Shams memberikan 3 sebab mengapa mereka yakin BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Menurut laporan itu, sebab tersebut ada lah saperti berikut;   1) Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan semula persempadanan semula ini selepas mahkamah menggugurkan aduan Pakatan Harapan (PH) terhadap badan itu pada Disember.” Persempadanan semula sebelum ini membawa kemenangan besar kepada BN. Laporan itu menyebut, persempadanan semula oleh SPR pada 2003 menyaksikan BN menang 90% kerusi tetapi hanya 64% undi popular pada PRU 2004. Pada 2013, BN memenangi 60% kerusi dengan hanya 47% undi popular. FT  menjangka SPR mem

Pengakuan Mukhriz Sebagai Rakyat Brunei Di Persoalkan?

Image
Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah pada jumaat lalu dipetik Sinar Harian sebagai melaporkan beliau lebih rela mengaku sebagai rakyat Brunei ketika berada di luar negara kerana kata nya imej Malaysia semakin terjejas di mata dunia. Malaysia dikenali untuk sebab salah, bukannya disebabkan kemajuan negara, kata Mukhriz. “Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah. “Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk,” katanya. “Saya ingin menegaskan saya gembira mengaku sebagai warganegara Malaysia tetapi sedih melihat rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi kerana GST. “Saya sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan Malaysia tetapi marah apabila kedaulatan negara digadai,” katanya. Bagaimanapun, kenyataan beliau itu di persoal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menter

Kalau Banyak Parti Bertanding Keputusan Memehak kepada BN?

Image
  Ada yang berpendapat bahawa kira nya pertandingin banyak penjuru dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenanginya. Di katakan penggundi yang tidak memihak kepada parti kerajaan BN bakal berdepan dengan perpecahan. Dalam isu ini Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata parti pembangkang yang bertanding pada PRU14 adalah serpihan parti asal yang belum mendapat sokongan rakyat   terutama sekali apabila calonnya yang tiada pengaruh. Katanya BN sudah terbukti mendapat sokongan majoriti pengundi pada PRU sebelum ini dan beliau  yakin BN kekal menerima sokongan rakyat . Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang, yakin BN tiada masalah untuk mencapai kemenangan namun sama ada akan mendapat majoriti yang lebih besar atau tidak bergantung kepada sokongan rakyat terhadap BN. Bagaimanapun ada juga yang berpendapat bahawa bilangan calon tidak memainkan peranaan penting dalam pengudian sekira