Posts

Showing posts with the label Maximus Ongkili. pembangkang

SESB Di Ambang Kebankrapan, Merisaukan?

Image
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar kanan)  baru-baru ini berkata, SESB mengalami kerugian berterusan dan hampir menerima kebankrapan.   TNB memiliki 82.75 peratus dalam SESB, sementara selebihnya dikuasai Kerajaan Negeri Sabah. SESB diswastakan pada 1998 semasa krisis kewangan Asia, selepas Sabah menyerahkan hak penjanaan kuasa negeri kepada Persekutuan pada 1984. Syarikat itu dikatakan menggaji lebih daripada 2,600 kakitangan di seluruh Sabah.   Sejak 2012, sejumlah RM4.2 bilion telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan operasi SESB, malah TNB dan SESB juga telah membelanjakan bahagian mereka untuk perbelanjaan modal. Untuk tempoh antara 2016 dan 2019, Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan RM2.3 bilion untuk capex dan mengurangkan Indeks Tempoh Purata Gangguan Purata (SAIDI)/ Kerajaan telah memberikan subsidi bahan api dan tarif sebanyak RM1.631 bilion bagi pengguna-pengguna...