Posts

Showing posts with the label Anwar Ibrahim

Pertukaran Kerusi DUN Kadamaian Kepada UPKO Mengakhiri Era kegemilangan Dinasti PBS Di Kota Belud?

Image
Walaupun Parti Bersatu Sabah Kadamaian berkeyakinan akan diberi mandat untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-14 ini , namun pada realitinya kerusi BN tersebut diwakilkan kepada Ewon Benedick (gambar kanan) dari UPKO. Apa pun alasan dan logik nya keputusan menukar status kedua-dua kawasan tersebut namun serba sedikit ia nya dikatakan akan menjejas sentimen 6,000 ahli PBS Kedamaian yang sedia ada. Dengan itu ia nya seakan-akan satu simbol berakhirnya era dinasti kegemilangan PBS di Kota Belud yang pernah mewakili DUN Tempasuk, DUN Kadamian dan Parlimen Kota Belud. Sebelum ini dilapurkan portal berita Borneo Today  AJK Bahagian bersama Pergerakan Pemuda dan Wanita dalam satu masyuarat khas telah memutuskan untuk menyampaikan bantahan keras kepada kepimpinan tertinggi parti berhubung dengan cadangan pertukaran kawasan antara PBS Kadamaian dan UPKO Bingkor melalui Biro Politik Pusat. Demis Rumanti  selaku Ketua Bahagian...

PH Bertunjangkan 4 Parti Tetapi Kekuatannya Adalah Suara Rakyat Melalui NGO, Aktivis?

Image
  Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu memang bertunjangkan 4 parti tetapi kekuatannya adalah suara rakyat terbanyak.  Justeru PH perlu  mengekalkan tradisi berunding dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat. Anwar yang juga merupakan Ketua Umum PH mengingatkan rakyat menyokong PH kerana mereka membawa agenda perubahan melawan keangkuhan kuasa, rasuah, kronisme dan kleptokrasi. Pakatan Harapan telah mula bertapak dengan meyakinkan, dan terbukti mampu menggembeling semua kekuatan lama dan baru. Malah ia telah mengejutkan pemerhati politik yang curiga akan kemungkinan tercapainya muafakat dikalangan tokoh, wadah dan kecenderungan yang berbeza. Ini berlaku kerana tumpuan utama PH adalah kepentingan dan kemaslahatan rakyat, kata Anwar menerusi satu  kenyataan. Selain itu, Beliau turut mengingatkan gabungan pembangkang akan ancaman aliran perkauman melampau dan kefanatikan agama. ...