Posts

Showing posts with the label TYT Sabah

Dalam Usaha Polis Mencari Musa Untuk Di Siasat - Rumah Di Serbu SPRM?

Image
Polis sedang berusaha untuk mendapatkan bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman bagi merekodkan kenyataannya dengan segera berhubung siasatan laporan polis Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap Musa minggu lalu, kata Ketua Polis Sabah Datuk Ramli Din. “Kami sedang mencari jalan untuk mendapatkan beliau. (Bagaimanapun), belum ada apa-apa waran dikeluarkan (terhadap Musa) ketika ini,” kata  Ramli Din  kepada pemberita kelmarin. Selanjutnya Ramli berkata, polis difahamkan Musa tidak berada di Kota Kinabalu pada ketika ini. Walaupun masih kurang jelas dimana Musa berada namun beliau mampu menyuarakan penafian bahawa beliau takutkan atau melakukan  intimidasi jenayah terhadap Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin atau sesiapa pun . Penafian ini hanya sekadar disampaikan oleh Peguam Musa, Zahir Shah susulan laporan polis TYT    terhadap Musa pada 19 Mei lalu. Dalampada itu,  Zahir berkata, Musa me nyampaikan ...

TYT Membuat Laporan Polis - Musa Ancam TYT?

Image
  Nampak nya kes 2 Ketua Menteri Sabah kini bertambah rumit apa bila Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din mengesahkan bahawa Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin telah membuat laporan terhadap Musa. Menurut portal berita The Star, TYT membuat lapuran   polis itu kerana ada petanda bahawa Tan Sri Musa Aman mengancam beliau. Dikatakan, pehak polis sedang membuat siasatan terhadap Musa yang disabit dengan perkara tersebut. Pasti nya kita akan menanti perkembangan selanjutnya. Sumber: The Star, Agensi berita