Posts

Showing posts from April, 2018

Perjuangan Bukan Bersifat Peribadi, Sebaliknya Perjuangan Parti - Jumat Idris?

Image
Bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris menzahirkan kesetiaan penuh untuk terus bersama Barisan Nasional (BN) sekali gus tetap akan berada di belakang semua calon BN yang akan bertanding khususnya calon bagi kerusi Parlimen Sepanggar dan dua Dewan ; iaitu Karambunai dan Inanam. M eskipun tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14) Jumat berkata beliau tidak akan berubah arah termasuk berada di haluan kiri  dan disebaliknya akan terus menyokong pucuk pimpinan BN, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melihat kepada kebaikan perubahan i tu. Katanya, perjuangan yang dibawa selama ini bukan bersifat peribadi, tetapi perjuangan parti yang mahu membawa perubahan kepada rakyat terutamanya pengundi di Sepanggar. Dalampada itu, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Jumat Idris untuk terus setia

PRU14: Pairin Tuduh Calon Warisan DUN Tambunan Sebagai Penghianat?

Image
Semasa hari pencalonan 28/04/2018(Sabtu) lalu , Tan Sri Datuk Pairin  Kitingan 78, dipetik sebagai menyuarakan kekecewaan terhadap calon Warisan Justin Alip. Pairin tuduh Justin sebagai  mengkhianati parti Bersatu Sabah (PBS) yang selama ini telah menjaga beliau dengan baik . Justin, 66, ada lah saudara ipar Pairin dan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang juga turut bertanding di kerusi DUN Tambunan. Justin Alip mantan Ketua Penarangan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu tidak menyangka akan mencabar Pairin untuk kerusi DUN Tambunan. Calon Parti Warisan Sabah(Warisan) itu berkata keputusan untuk bertanding di DUN Tambunan dibuat selepas Pairin menyatakan niat awal persaraan tahun lepas. Isu ini tidak boleh dilihat bahawa saya mencabarnya kerana saya membuat keputusan untuk b ertanding di DUN  Tambunan se telah Pairin  mengumumkan keinginannya untuk bersara, kata Justin suami kepada Juliana, adik perempuan termuda Pairi n . Dalamp

Jika kaum Cina Tolak Calon Cina BN, Tiada Wakil Dalam Dalam Kabinet Kerajaan Baharu?

Image
Perdana M enteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika calon-calon BN daripada kaum Cina ditolak dan rakyat mengundi orang lain   pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)   dengan itu BN tidak akan dapat melantik pemimpin Cina dalam Kabinet. Ia akan menjadi hari yang menyedihkan jika terdapat hanya segelintir atau tiada langsung wakil kaum Cina dalam Kabinet atau kerajaan . Kata nya. Kita perlukan wakil kaum Cina yang mantap dalam kerajaan, kerana jika kita meminggirkan pemimpin Cina, perwakilan mereka dalam kerajaan adalah lemah, kata pengerusi BN itu pada sidang media khas menjelang hari penamaan calon PRU14 kelmarin. Dalampada itu, najib menasihatkan pengundi Cina agar tidak membuat kesilapan sama seperti yang berlaku pada pilihan raya umum yang lepas. Pada kali ini, lebih baik bersama-sama dengan BN. Lihat pada kestabilan, pertumbuhan pesat ekonomi, lebih banyak peluang perniagaan, lebih banyak bantuan kewangan dan kredit mikro dengan BN ,  katanya. Sumber