Posts

Showing posts with the label PH guna logo PKR

Tak Boleh Jumpa Kerana SPR Sibuk Kata Tun M?

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad  (Tun M) berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh bertemu pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mendapatkan pengesahan tentang pengunaan lambang PKR oleh parti-parti pembangkang lain. Pengerusi PH mendakwa surat SPR kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata pertemuan tidak dapat diadakan kerana ada urusan yang tidak dapat dielak. “Kita berikan tarikh 10 April untuk bertemu tetapi mereka pula kata tidak boleh jumpa kononnya sibuk. SPR sepatutnya ditubuh untuk bantu pilihan raya dilakukan dengan cara baik, tertib dan aman. “Tetapi SPR pula tidak rela berjumpa. Inilah masalah yang dihadapi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM,” kata Saifuddin baru-baru ini. Saifuddin sebelum ini menghantar surat kepada Penasihat Undang-Undang SPR, Azizah Md Arshad meminta satu pertemuan diadakan bagi menjawab beberapa persoalan berkenaan penggunaan lambang PKR oleh PPBM, DAP dan Amanah. Ketiga-tiga parti mahu...

Pakatan Harapan Guna Logo PKR Dalam PRU14 : Logo Roket ‘Direhatkan’?

Image
Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan semua calon PH, termasuk DAP, Amanah dan PPBM akan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU14. Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Harapan di Taman Bukit Dahlia, di Pasir Gudang, Johor. Dalampada itu, S etiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini berkata keputusan parti itu “merehatkan” simbol roketnya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) supaya pengundi boleh membuat keputusan jelas. Katanya, langkah itu satu pengorbanan buat DAP bagi mencapai matlamat lebih besar untuk menawan Putrajaya. “Ya, buat pertama kali, kami akan merehatkan roket supaya orang ramai mempunyai keputusan jelas semasa mengundi,” kata Lim Katanya, penggunaan satu logo sama itu akan membantu calon PPBM, selepas parti itu dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semalam atas dakwaan melanggar peraturan persekutuan. Sumber: Bernama, FMT, Agensi