Posts

Showing posts with the label Warisan

Shafie: Pembangunan Infrastruktur Asas Libaran masih Dalam Keadaan Yang Daif?

Image
Selepas beberapa hari Ketua Menteri Menteri Tan Sri Musa Aman berkempen di Sandakan kini giliran presiden Parti Warisan Sabah   Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula melawat daerah yang sama dalam rangka berkempen untuk calon Parti Warisan - Liew Vui Keong (Batu Sapi), George Hiew (Karamunting) dan Arifin Asgali (Sekong) . Ketika berucap di Gum Gum   Shafie menyatakan keyakinan beliau bahawa parti itu boleh menyapu bersih kawasan pilihan raya  di tiga kawasan tersebut. Selanjutnya Shafie berkata Musa sepatutnya menghentikan segala cubaan untuk memecahkan namanya dan melihat masalah rakyat. Banyak kampung di Libaran dan beberapa kawasan di Sandakan tidak mempunyai infrastruktur asas seperti bekalan air berseh dan elektrik, sementara banyak jalan ke kampung-kampung dalam keadaan buruk, namun dia berani mengatakan kepada rakyat bahawa saya telah mengabaikan Semporna , kata Shafie. S ementara itu pemuda perlu terpaksa berhijrah di luar daerah meninggalkan ...

PRU14: Pairin Tuduh Calon Warisan DUN Tambunan Sebagai Penghianat?

Image
Semasa hari pencalonan 28/04/2018(Sabtu) lalu , Tan Sri Datuk Pairin  Kitingan 78, dipetik sebagai menyuarakan kekecewaan terhadap calon Warisan Justin Alip. Pairin tuduh Justin sebagai  mengkhianati parti Bersatu Sabah (PBS) yang selama ini telah menjaga beliau dengan baik . Justin, 66, ada lah saudara ipar Pairin dan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang juga turut bertanding di kerusi DUN Tambunan. Justin Alip mantan Ketua Penarangan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu tidak menyangka akan mencabar Pairin untuk kerusi DUN Tambunan. Calon Parti Warisan Sabah(Warisan) itu berkata keputusan untuk bertanding di DUN Tambunan dibuat selepas Pairin menyatakan niat awal persaraan tahun lepas. Isu ini tidak boleh dilihat bahawa saya mencabarnya kerana saya membuat keputusan untuk b ertanding di DUN  Tambunan se telah Pairin  mengumumkan keinginannya untuk bersara, kata Justin suami kepada Juliana, adik perempuan termud...