Posts

Showing posts with the label Tun M PM baru

Jika Ada Unsur Rasuah Dalam PRU14 Di Sabah, Tindakan Tegas Akan Di Ambil Terhadap Mereka Yang Terlibat: PM ?

Image
  Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang kronik namun Tan Sri Musa Aman masih lagi bergayut (bergantung) kepada kuasa yang diberi oleh Yang Dipertua Negeri Sabah sebagai Ketua Menteri; sinonim dengan istilah Perumpamaan orang-orang Bajau, ‘ngentan tak kayu matai ngentan sepatai-patai’ dengan bermaksud ‘bertahan walaupun tiada harapan’.   Dari apa yang kita lihat, banyak perkembangan baru yang telah berlaku, antara nya ia lah isu Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Afdal menuntut untuk mengambil kerajaan kerana beliau dikatakan kini mempunyai 36 ADUN tambahan dari pelbagai parti yang telah menyuarakan sokong kepada beliau. Walaupun banyak perkembangan terbaharu di Sabah namun berita yang menarik pada saya ia lah kenyataan serius Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengambil tindakan kepada sesiapa yang terlibat melakukan manipulasi dalam perjalanan PRU di Sabah baru-baru ini khusus nya kes pengiraan undi berganda di beberapa k...

Kemenangan PH Menamatkan Pemerintahan BN Selama lebih 60 Tahun: Shafie Di Jangka KM Baharu Negeri Sabah?

Image
Dikatakan k ekalahan BN yang gah selama ini turut dibantu oleh pengaruh besar media sosial yang dimanfaatkan pembangkang dengan memainkan isu peningkatan kos sara hidup yang memberikan impak terhadap keupayaan berbelanja setiap orang selepas Najib memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus pada 2014 dan beberapa faktor yang lain. Populariti BN kian merudum dalam tempoh beberapa tahun lepas berikutan kegagalan 1MDB yang menghantui Najib ditambah dengan masalah kewangan dalam Felda yang menjejaskan pekebun kecil kelapa sawit dan terbaru undang-undang kontroversi seperti Akta Antiberita Tidak Benar yang secara tergesa-gesa diluluskan di Parlimen sejurus sebelum pembubaran pada 7 April. Bakal Perdana Menteri baru Tun Dr Mahathir bagaimanapun telah mengikrarkan sebagai aku janji dalam manifesto pilihan raya PH untuk memansuhkan GST sekiranya parti itu berkuasa dan nasib sama menanti undang-undang Antiberita Tidak Benar. Sabah dan Sarawak, yang sel...