Posts

Showing posts with the label Liew Vui Keong

Jawatankuasa Khas kaji MA63 Sedia Laporan Dalam 6 Bulan?

Image
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong  berkata, Jawatankuasa Khas Kabinet yang dibentuk bagi mengenalpasti kaedah terbaik memenuhi kehendak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan turut dianggotai pemimpin pembangkang Liew memberitahu pemberita, beliau mahu memastikan jawatankuasa itu bersifat inklusif dan akan menerima pandangan semua pihak. Dikatakan  jawatankuasa tersebut akan dianggotai  mereka yang mempunyai pengetahuan tentang isu ini seperti bekas hakim, ahli akademik, sejarawan dan sebagainya . Liew berharap dapat mengemukakan senarai nama tersebut kepada Kabinet minggu depan, dan menambah, sebaik sahaja jawatankuasa itu dibentuk, ia akan mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk menyediakan laporan mereka. Beliau berkata, salah satu isu utama yang akan diperhalusi jawatankuasa itu ialah mengenai Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, yang berikutan pindaan ke atasnya pada 1976, kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setar...