Sabah Bakal Mempunyai Seorang Wanita TYT, PM, 6 KM?
Baru-baru ini kita dikejutkan oleh Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang meletakkan dalam manifesto PRU14 mereka akan datang bahawa parti itu menjanjikan Sabah akan mengembalikan nama Borneo Utara dan Jesselton mengganti nama Sabah dan Kota Kinabalu. Menurut Presiden PKS, Thomas Anggan, manifesto itu juga termasuk meminda Perlembagaan Negeri untuk memulihkan status Sabah sebagai "negara" dan gelaran Gabenor sebagai Yang Dipertua Negara dari Yang Dipertua Negeri semasa yang dilantik dari seorang wanita bumiputera. Manakala Ketua Eksekutif Sabah akan dikenali sebagai "Perdana Menteri negara" dan bukannya Ketua Menteri dengan enam Ketua Menteri yang bertanggungjawab terhadap enam kawasan baru. Enam kawasan tersebut ada lah Jesselton (Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang), Kinabalu (Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan), Padas (Labuan, Papar, Kimanis, Sipitang dan Beaufort), Bandau (Kota Belud, Tuaran, Kuda...