Financial Times Menjangkakan BN Akan Menang PRU14 Dengan Berasaskan 3 Sebab?

Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad semakin meraih perhatian pengundi Melayu di luar bandar namun Barisan Nasional (BN) dilihat akan menang PRU14 akan datang. P enyelidikan Kanan Financial Times (FT) , Hafiz Noor Shams memberikan 3 sebab mengapa mereka yakin BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Menurut laporan itu, sebab tersebut ada lah saperti berikut; 1) Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan semula persempadanan semula ini selepas mahkamah menggugurkan aduan Pakatan Harapan (PH) terhadap badan itu pada Disember.” Persempadanan semula sebelum ini membawa kemenangan besar kepada BN. Laporan itu menyebut, persempadanan semula oleh SPR pada 2003 menyaksikan BN menang 90% kerusi tetapi hanya 64% undi popular pada PRU 2004. Pada 2013, BN memenangi 60% kerusi dengan hanya 47% undi popular. FT ...