BR1M Bukan Untuk Beli Undi?

Perdana menteri menempelak pihak yang hanya pandai mengkritik pemberian BR1M, tetapi tidak memberi sebarang cadangan berhubung kaedah lebih baik menyampaikan subsidi. Dalampada itu, beliau baru-baru ini berkongsi asal-usul pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan pelbagai tohmahan pembangkang termasuk bertujuan membeli undi. Bercakap di depan kira-kira 2,000 penerima di Pekan, Pahang beliau berkata, bantuan itu dicadangkan Bank Negara Malaysia yang bukan bersifat kepartian politik dalam usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan. “Subsidi ini (bersasar) adalah lebih baik daripada subsidi pukal yang banyak ketirisan. Sebagai contoh, mungkin mereka yang menerima subsidi ini menjualnya di sempadan. “Keduanya, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya petrol RON95. Orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang memandu Proton Saga atau Myvi,” katan...