Perjuangan Bukan Bersifat Peribadi, Sebaliknya Perjuangan Parti - Jumat Idris?

Bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris menzahirkan kesetiaan penuh untuk terus bersama Barisan Nasional (BN) sekali gus tetap akan berada di belakang semua calon BN yang akan bertanding khususnya calon bagi kerusi Parlimen Sepanggar dan dua Dewan ; iaitu Karambunai dan Inanam. M eskipun tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14) Jumat berkata beliau tidak akan berubah arah termasuk berada di haluan kiri dan disebaliknya akan terus menyokong pucuk pimpinan BN, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melihat kepada kebaikan perubahan i tu. Katanya, perjuangan yang dibawa selama ini bukan bersifat peribadi, tetapi perjuangan parti yang mahu membawa perubahan kepada rakyat terutamanya pengundi di Sepanggar. Dalampada itu, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Jumat Idris...