Gaji Rendah Antara Sebab Rakyat Memilih Kerja?

Kementerian Sumber manusia kini akan mengambil langkah menangani masalah kekurangan pekerja tempatan yang berminat bekerja dalam beberapa sektor tertentu di negara ini hingga memaksa Malaysia bergantung pada pekerja asing. Menurut menteri nya M Kulasegaran kadar gaji yang rendah dipercayai merupakan antara sebab utama ramai rakyat Malabersikap memilih kerja . Oleh itu, jelas beliau, isu gaji dalam kalangan rakyat negara ini perlu diselesaikan. M Kulasegaran berkata, pekerja tempatan tidak mahu menerima pekerjaaan jika gajinya terlalu rendah dan rakyat tidak boleh diminta membandingkan gaji mereka dengan gaji warga asing yang bekerja di sini . Dalampada itu, Kulasegaran dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji semula perjanjian pengambilan pekerja asing dengan semua negara terlibat bagi mengurangkan pergantungan Malaysia kepada pekerja asing. Katanya rakyat tempatan perlu diberi keutamaan untuk mendapat pekerjaan. Beliau mengulas perjanjian penga...