PPBM Boleh Satukan Rakyat Sabah?


Naib Presiden PPBM Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman memarakkan lagi spekulasiParti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan melebarkan sayap ke Sabah selepas mengatakan parti itu boleh memainkan peranan menyatukan rakyat negeri itu.
Beliau pada sidang media di Kota Kinabalu baru-baru ini berkata adalah sia-sia jika terlalu ramai parti dan rakyat berpecah belah.
Nampaknya semenjak pemimpin kanan Umno Sabah keluar beramai-ramai dari parti UMNO, saban hari kita mendengar atau melihat berita dari Sabah semakin menarik khususnya dari aspek politik.
Apa yang jelas kerajaan negeri Sabah seakan-akan terasa kurang senang dengan perkembangan ini sehingga beberapa orang pemimpin kanan mereka menyuarakan pendapat bahawa PPBM tidak sepatutnya mencampuri hal-ehwal politik Sabah kerana pada PRU14, Tun M pernah menyatakan hasrat tidak akan menubuhkan parti tersebut diSabah.
Dalam hal yang berkaitan dengan kata-kata ,’Politic is an art of polsibblity’ dan dengan tindakan pemimpin UMNO Sabah keluar parti beramai-ramai, timbul pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan para pemimpin UMNO Sabah yang meninggalkan parti itu akan menyokong kerajaan PH melalui PBBM pastinya membuka ruang menubuhkan cawangan di Sabah.
Dalampada itu Parti Cinta Sabah (PCS) dikatakan menyokong kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masuk ke Sabah.
Presiden PCS Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata PPBM mempunyai hak untuk melebarkan sayapnya di mana-mana sahaja.
“Jika kita lihat, di Sabah sendiri sudah terdapatnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Apa salahnya PPBM masuk ke Sabah. Kita masih dalam Malaysia dan kenapa kita boleh membenarkan DAP serta PKR melebarkan sayap ke Sabah tetapi tidak parti lain?
“DAP datang ke Sabah, pemimpinnya orang Sabah bukannya Lim Kit Siang. Begitu juga dengan PKR yang mana pemimpinnya adalah orang Sabah di sini,” katanya.
Datuk Lajim Ukin selaku Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) juga disebut-sebut menyambut baik kemasukan PPBM ke Sabah, mengatakan ia akan memberi lebih banyak manfaat kerana PPBM boleh menyalurkan bantuan secara terus ke Sabah dan kerajaan negeri akan mempunyai lebih banyak dana untuk pembangunan.
“Tiada siapa pun ada hak halang kerana ini demokrasi. Tidak pula dinyatakan dalam perlembagaan negeri atau persekutuan.
“Mengapa parti lain seperti DAP, Amanah, PKR dan PAS boleh berada di Sabah? Mengapa tidak PPBM? Kita tahu PPBM akan menjadi parti mutlak di Malaysia yang akan menggantikan Umno,” katanya.
Berkenaan seruan Warisan kepada PPBM, Lajim berkata mana-mana orang boleh berkongsi pandangan tetapi tidak boleh halang PPBM menubuhkan cawangan di Sabah.
Sumber: SNT, FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?