Integriti SPR Sabah Tercemar: Warisan Lapor Polis, PRU Di Kimanis Berunsur Penipuan?


Walaupun Pilihan Raya Umum 14 telah berlalu, kerajaan negeri Sabah telah pun terbentuk namun ikuran nya masih berlanjutan.

Kelmarin, Parti Warisan Sabah tampil kehadapan membuat laporan polis menuduh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya terlibat dalam kes penipuan dalam pilihan raya parlimen Kimanis pada 9 Mei.

Kes lapuran polis ini telah di siarkan dalam TV Asro Awani.

Dalam kes tersebut calon Warisan Datuk Karim Bujang, kalah kepada Datuk Anifah Aman dari Barisan Nasional hanya sebanyak 156 undi.

Bekas menteri luar negeri dalam kerajaan persekutuan itu diisytiharkan menang untuk penggal keempat dengan kiraan undi sebanyak 11,942 sementara Karim direkodkan sebagai memperolehi 11,786 undi.

Pengarah Pilihan Raya Parti Warisan
cawangan Kimanis, Mohd Zainal Matali,berkata pegawai SPR yang bertugas enggan menandatangani Borang 14 selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa Karim telah memenangi kerusi itu. Keengganan pegawai menyebabkan proses pengiraan semula dilakukan.

Kami mempunyai bukti menunjukkan bahawa calon Barisan Nasional, Anifah Aman, masuk ke pusat pengiraan dua kali untuk bertemu dengan pegawai SPR dan tidak lama selepas itu, dia diumumkan pemenang, kata Zainal.


Sumber: Agensi berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian