Warga USBO Dipersimpangan Delima; Kuasa ketiga - Sessi Kedua


Baru-baru ini saya secara kebetulan sempat seimbang dengan dua sahabat saya yang juga pemimpin kanan suku kaum Bajau-Sama dari Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah  USBO dan juga Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS).

Isu utama perbincangan kami berpangsi kepada hala-tuju suku kaum Bajau-Sama ( blok pantai barat ) setelah kekalahan UMNO di beberapa kawasan di semenanjung dan juga di Sabah khususnya.

Sebelum ini ada yang pernah mengatakan bahawa hubungan warga USBO-PBSS dan parti UMNO.  'dipisah tiada'.

Bagaimanapun sejak kekalahan UMNO/BN di seluruh Malaysia seakan dalam PRU14 baru lalu telah menganjakkan satu fenoma yang sukar diterima oleh pemimpin  dari kedua-dua persatuan tersebut.

Apa lagi bila memikirkan sahabat-sahabat mereka dari pantai timor telah mengorak langah meninggalkan UMNO dan berjaya memerentah negeri Sabah melalui parti Warisan (dengan sokongan PH dan UPKO).

Pada hakikatnya kedua-dua sahabat saya itu ada lah ahli UMNO tegar walaupun tidak memegang jawatan kanan dalam parti tersebut.

Kerisauan utama mereka jelas berkisar kepada situasi warga persatuan tersebut dimasa-masa kan datang.

Mereka merasakan bahawa keadaan UMNO/BN diseluruh negara masa kini tidak akan membantu, disebaliknya akan memberi impak negatif pada suku-kaum Bajau-Sama pantai barat secara keseluruhan nya.

Apa lagi bila memikirkan majoriti rakyat Sabah lebih selesa menyertai parti-parti tempatan negeri Sabah.

Untuk itu demi untuk survival warga USBO dimasa akan datang saya syorkan kepada mereka agar USBO dikemaskini dan ditransformasikan sebagai satu pertubuhan parti politik manakala PBSS dikekalkan sebagai persatuan berbentuk NGO.


Dengan terdaftar nya USBO sebagai parti politik ia nya berkemungkinan mempunyai daya saing yang lebih effektif dan berfungsi sebagai ‘Third Force’ atau ‘kuasa ketiga’ dalam arena  politik Sabah dimasa-masa akan datang.


Bagaimanapun hanya penyatuan  para pemimpin suku kaum bajau sama sahaja yang akan menentu hala tuju suku kaum mereka.


Suntikan penulis

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian