PKR Sah Tanding Parlimen Tuaran, DUN Tamparuli?


Salah satu berita yang agak menarik minggu ini ada lah pengesahan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew  bahawa partinya akan bertanding 6 kerusi Parlimen (24% dari 25 kerusi parlimen) dan 9 kerusi DUN ( 15% dari pada 60 kerusi)  pada 9 Mei nanti.
Berita ini bertambah menarik bagi saya kerana ia nya menyentuh pengesahan PKR (gabongan PH - Warisan) bertanding di kawasan tempat saya menggundi ia itu Parlimen P.170 Tuaran dan DUN N.9 Tamparuli, negeri Sabah.
Dengan itu ia nya sekaligus menamatkan spekulasi bahawa berkemungkinan calon dari Warisan akan bertanding di Parlimen Tuaran.
Di katakan bahawa kedua-dua kawasan P.170 dan N.9 ada lah milik tradisi PKR sejak beberapa PRU yang lalu.
Dalampada itu Christina berkata separuh daripada calon PKR adalah muka baru, dengan 3 calon pemuda dan 3 calon wanita.
Christina berkata senarai penuh calon dijangka diumumkan dalam 1 atau 2 hari.
Masih terdapat beberapa kerusi sedang dirunding dengan Parti Warisan Sabah (Warisan). Kami jangka untuk selesaikannya tidak lama lagi. Jika terdapat perubahan, ia adalah penambahan bagi jumlah kerusi PKR, bukan pengurangan, kata Christina.
PH Sabah terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah namun setakat ini perbincangan mengenai pembentukan satu pakatan pilihan raya bersama Warisan hanya melibatkan PKR dan DAP.
Kerusi DUN yang diberikan kepada PKR adalah Api-Api, Kuala Penyu, Matunggong, Moyog, Tempasuk, Inanam, Kadamaian, Tamparuli dan Karanaan.
Bagi kerusi Parlimen pula, PKR akan bertanding di Ranau, Pensiangan, Tuaran, Tawau, Putatan dan Beaufort.
PKR meletakkan calon di 43 kerusi DUN pada pilihan raya umum lepas, dan menang di Api-Api, Matunggong, Moyog, Inanam dan Tamparuli, Klias dan Kadamaian.
Bagaimanapun, pembelotan menyebabkan PKR hanya memegang 2 kerusi DUN sahaja, iaitu Api-Api dan Inanam.
PKR juga kehilangan Penampang, satu-satunya kerusi Parlimen dimenangi PKR pada 2013 daripada 19 yang ditandingi, apabila Ahli Parlimen Darell Leiking menyertai Warisan, di mana beliau kini timbalan presiden.
Christina juga  mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Api-Api sementara timbalan, Mustapha Sakmud kemungkinan besar akan bertanding di Tempasuk.
Kecuali Amanah DAP, sudah mengumumkan ia akan bertanding di 3 kerusi Parlimen dan 7 kerusi DUN.
Parti itu akan bertanding di Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tenom, dan di DUN Luyang, Likas, Sri Tanjong, Elopura, Tanjung Papat, Bingkor, dan Kepayan.

Sumber: FMT, Agensi berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian