Hajiji Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Baharu Ganti Salleh?

Dengan lantikan Datuk Seri Hajiji Noor (Tuaran) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah (BPUN) maka dengan itu ia nya dijangka akan meredakan suara-suara sumbang dari ahli UMNO Sabah sendiri mengatakan bahawa Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (DSSK) tidak layak mengetuai parti tersebut di perengkat negeri Sabah kerana beliau bukan seorang wakil rakyat.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bersetuju atas permintaan DSSK yang dibuat secara kolektif oleh UMNO Sabah untuk melantik Datuk Seri Hajiji Noor (Tuaran) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah sementara Setiausaha UMNO Sabah ialah Datuk Seri Marsidi Manjun (Ranau).
DSSK telah berunding dengan kawan-kawan di Sabah dan syor melalui nota bertulis dibuat kepada Presiden bahawa pengerusi hendaklah diberikan kepada wakil rakyat, kata Zahid Hamidi.
Dalampada itu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (TSPA) dan Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengisi kekosongan dalam jawatan terbabit, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Presiden setuju melantik TSPA untuk mengisi kekosongan dalam MT dengan mengambil kira beliau mempunyai pengalaman yang luas berkaitan tatacara persidangan Dewan Rakyat dan beliau bersetuju untuk menerima pelantikan ini, ujar Annuar Musa dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO kelmarin.
TSPA dikatakan telah dilantik menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO Sabah manakala Datuk Seri Bung Moktar Radin akan dikekalkan sebagai Timbalan Pengerusi BPUN Sabah.
Bagaimanapun dipetik dari laman facebook beliau, TSPA menolak tawaran jawatan Ketua Penarangan UMNO Sabah kerana untuk memberi ruang kepada Hajiji untuk memilih 'pemainnya' sendiri.
Sumber: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment