KM Arah Siasatan Sekiranya Ada Peningkatan Harga Barangan Di Sabah?

Kerajaan negeri mengarah pihak berkuasa serta badan pemantau harga barangan di Sabah supaya menyiasat jika masih berlaku peningkatan harga barang di negeri ini meskipun cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah ditetapkan berkadar sifar mulai 1 Jun lepas.
Kita minta supaya agensi sedia ada seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang memiliki pegawai penguatkuasa untuk bantu menangani perkara tersebut, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Beliau berkata arahan itu bagi menangani masalah manipulasi harga barangan dengan terkawal dan segera.
Sementara itu, Mohd Shafie mahu semua menteri kabinet negeri yang dilantik supaya turun padang bagi memastikan keperluan rakyat diketahui.
“Jangan lupa dengan rakyat, saya tidak mahu mereka (menteri) berada di pejabat setiap bulan, setiap minggu dan mereka perlu turun ke bawah berjumpa rakyat.
Jangan mereka ini hanya mendengar cadangan (misalnya) buat jalan, siasat sama ada jalan itu diperlukan, siasat sama ada perubatan cukup atau tidak cukup kena turun periksa, jangan hanya kita dengar melalui WhatsApp, katanya.
Menurutnya ketua-ketua jabatan juga perlu menggalas tanggungjawab sama dan turun gelanggang mengetahui kepentingan rakyat.
“Jangan hanya datang surat ke pejabat kita dan kita hanya menguruskan surat tersebut (tanpa periksa),” katanya yang akan turut melakukan lawatan mengejut ke banyak kawasan di Sabah ini.
Dalampada itu, Industri runcit di Kuala Lumpur nampak nya menunjukkan peningkatan jualan sejak GST dijadikan kadar sifat pada 1 Jun, kata usahawan Mustakim Manaf.
Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd itu berkata, dia nampak lebih ramai pelanggan mengunjungi pusat beli-belah sekarang.
Sumber: BERNAMA, FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment