PH Mahu Hentikan Pilih Bukan MP Sebagai Speaker Dewan Rakyat?


Tun Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan (PH) mahu pemilihan sebagai Speaker dari kalangan wakil rakyat sekiranya PH membentuk kerajaan. Gabungan itu mahu memastikan hanya seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh Ahli Parlimen memegang jawatan speaker Dewan Rakyat .
Ini penting  kata Tun M demi untuk membebaskan speaker Dewan Rakyat itu daripada pengaruh perdana menteri dan meningkatkan mutu perbahasan.
Dalam sistem sedia ada, mana-mana Ahli Parlimen, kecuali seorang menteri atau setiausaha Parlimen, atau orang bukan Ahli Parlimen yang layak boleh dicalonkan ke jawatan itu.
Pencalonan mesti diserahkan oleh pihak ketiga yang mesti seorang Ahli Parlimen dan disokong oleh seorang Ahli Parlimen. 
Dikatakan, perubahan yang diajukan oleh PH itu nanti menyerupai proses di United Kingdom.
Dulu speaker daripada Ahli Parlimen tapi sekarang diambil dari luar Parlimen. Lagak speaker seolah-olah memihak kepada kerajaan dan menghalang debat sehingga Ahli Parlimen tidak boleh berbahas apa yang tidak disukai kerajaan,kata Tun M pada sidang media kelmarin.
Bekas perdana menteri itu membidas terutamanya speaker Dewan Rakyat sekarang, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 
Ahli Umno itu walaupun bukan Ahli Parlimen diumumkan sebagai speaker Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008.
Parlimen tidak diberi peranan yang sewajarnya.
Ia hanya untuk tunjukkan sandiwara, kata Tun M mempersoalkan amalan tidak membahaskan isu selepas ia mendapat undi mencukupi daripada majoriti anggota Dewan.
Beliau turut mempertikaikan amalan mendapatkan persetujuan speaker terlebih dahulu untuk membahaskan satu-satu isu.
Speaker tidak boleh bermaharajalela seperti sekarang. Kita kena buat pengasingan kuasa, katanya.
Tun M berkata menghentikan pencalonan orang luar hanya salah satu daripada beberapa cadangan penambahbaikan untuk membetulkan sistem Parlimen.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian