Dalam Usaha Polis Mencari Musa Untuk Di Siasat - Rumah Di Serbu SPRM?

Polis sedang berusaha untuk mendapatkan bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman bagi merekodkan kenyataannya dengan segera berhubung siasatan laporan polis Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap Musa minggu lalu, kata Ketua Polis Sabah Datuk Ramli Din.
“Kami sedang mencari jalan untuk mendapatkan beliau. (Bagaimanapun), belum ada apa-apa waran dikeluarkan (terhadap Musa) ketika ini,” kata Ramli Din kepada pemberita kelmarin.
Selanjutnya Ramli berkata, polis difahamkan Musa tidak berada di Kota Kinabalu pada ketika ini.
Walaupun masih kurang jelas dimana Musa berada namun beliau mampu menyuarakan penafian bahawa beliau takutkan atau melakukan intimidasi jenayah terhadap Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin atau sesiapa pun.Penafian ini hanya sekadar disampaikan oleh Peguam Musa, Zahir Shah susulan laporan polis TYT terhadap Musa pada 19 Mei lalu.
Dalampada itu, Zahir berkata, Musa menyampaikan rasa kesal kerana terpaksa memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon pengisytiharan untuk kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.
Kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan dan peruntukan Perlembagaan Sabah mesti dihormati dan dipatuhi, kata peguam itu bagi pehak Musa...Zahir tidak menyatakan dimana Musa berada ketika ini.
Saperti sudah jatuh di timpa tangga portal berita Sinar harian hari ini (25 mei 2018) melapurkan Pegawai penyiasat SPRM TELAH menyerbu rumah Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman dan merampas beberapa fail.
Menurut sumber SPRM dipetik sebagai berkata, sebuah pasukan penyiasat pergi ke kediamannya di Luyang di sini pada petang Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah.
Persoalan nya dimana Musa Aman sekarang ini? Jawapan itu berkemungkinan kita akan ketahui tidak lama lagi setelah beliau di minta hadir di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu dalam pembicaraan kes tuntutan beliau sebagai Ketua menteri yang Sah.
Sumber: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment