Harapan Rakyat Umum Keluar USA


Seolah-olah sinonim dengan cerita dalam lagu ,”sepuluh budak hitam’ kini Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) kini mengumumkan keluar daripada Gabungan Sabah (USA).

Sebelum ini Parti Cinta Sabah yang di ketuai Datuk Seri Wilfred Mojilip Bomburing juga telah meninggalkan gabungan tersebut dan kemudian bergabung dengan Parti Anak Negeri yang di ketuai Datuk Henrynus Amin.

Harapan Rakyat merupakan salah satu parti pembangkang tempatan di bawah Gabungan Sabah (USA) selain Parti Harapan Rakyat Sabah, Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Presiden Harapan Rakyat, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan Gabungan Sabah adalah tidak berdaftar dan hanya dijadikan platform untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, kami 'berdiri' sebagai pembangkang yang akan menegur dasar Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri sekiranya mereka tidak melaksanakan manifesto seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu,kata Lajim

Sementara itu, Lajim turut memberitahu, tindakan Harapan Rakyat meninggalkan Gabungan Sabah telah dimaklumkan kepada Pengerusi Gabungan Sabah, Datuk Mohd. Noor Mansor; Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Presiden PPRS, Datu Mohd. Arshad Abdul Mualap. 

Bagaimanapun, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan gagal dihubungi.

"Setakat ini, kami belum memikirkan sama ada akan bergabung dengan Gabungan Bersatu ataupun bergerak sendiri.
"Lagipun, sebelum ini pihak Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah menyatakan hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen sahaja yang 'layak' menyertai gabungan itu," ujarnya.

Terdahulu, pada 12 Mei lalu, PBS mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk satu landasan baharu politik di negeri ini yang dinamakan Gabungan Bersatu.

Pembentukan gabungan itu susulan daripada tindakan semua parti komponen tempatan, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meninggal BN selepas kalah teruk pada PRU-14.  

Sumber: Kl ONLINE, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian