Letakkan Golongan Profesional, Bukan Ahli Politik Terajui GLC Pusat, Negeri?


Sinonim dengan pandangan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal memberi peranaan golongan profesional dengan melantik golongan tersebut sebagai Wakil Rakyat untuk memainkan dalam kerajaan negeri Sabah, Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) juga menggesa kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan supaya menghentikan amalan meletakkan ahli-ahli politik yang tiada berpengetahuan dalam perniagaan bagi menguruskan syarikat milik kerajaan (GLC) negara mahu pun kerajaan negeri.
Naib Presiden DPIM, Datuk Zahar Hashim berkata, amalan tersebut mengakibatkan banyak kerugian dalam urus tadbir korporat sehingga menyebabkan matlamat untuk membantu Bumiputera dalam perniagaan gagal dicapai.
Sehubungan itu DPIM mencadangkan supaya kerajaan baharu melihat semula struktur pentadbiran GLC dan perbadanan di negeri-negeri. Letakkan mereka yang profesional dan berpengetahuan dalam perniagaan untuk memegang GLC.
Dalam pada itu, kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan juga diminta menjadikan Thailand sebagai model bagi membantu memaju dan meningkatkan perniagaan khususnya usahawan Bumiputera di negara ini.
Beliau seterusnya turut meminta supaya kerajaan Pakatan Harapan mengkaji dan mengatasi punca produk Malaysia sukar menembusi pasaran luar, sebagai contoh Thailand, sedangkan produk negara jiran itu mudah memasuki negara ini.
Pengerusi DPIM Cawangan Perlis, Fakhruddin Ar Razi Abdullah berkata, negara jiran itu telah terbukti berjaya menerusi banyak aspek dalam memberi sokongan terhadap industri tempatan seperti satu daerah satu produk (OTOP) yang terkenal di seluruh dunia.
Kata beliau, sebagai contoh, mana-mana produk tempatan yang mencapai tahap lima bintang, diberi galakan untuk menembusi pasaran luar negara dengan pemberian diskaun 30 peratus syarikat penerbangan, Thai Airways.

Sumber: Utusan On Line, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian